Kebiadapan Berbahasa Di Dalam Blog Pelajar

Aplikasi Komputer Dalam Kajian Linguistik

Protected: Projek 2: Menjalankan soal-selidik atas talian untuk mengukuhkan dapatan kajian.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Advertisements
Comments Off on Protected: Projek 2: Menjalankan soal-selidik atas talian untuk mengukuhkan dapatan kajian.

Protected: Penilaian WordPress-Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk membentangkan hasil tugasan dalam kajian Linguistik – 10%

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Comments Off on Protected: Penilaian WordPress-Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk membentangkan hasil tugasan dalam kajian Linguistik – 10%

Protected: Penilaian SurveyMonkey

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Comments Off on Protected: Penilaian SurveyMonkey

Protected: AntConc: Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk menjalankan kajian korpus – 5%

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Comments Off on Protected: AntConc: Melaporkan kemudahan yang disediakan untuk menjalankan kajian korpus – 5%

Protected: Projek 3 – Kesilapan Menggunakan Google Translate

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Comments Off on Protected: Projek 3 – Kesilapan Menggunakan Google Translate

Protected: Terjemahan

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Comments Off on Protected: Terjemahan

1.5 Definisi Istilah

Menurut Bloch dan Trager (1942), bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari untuk berhubung. Bahasa adalah objek linguistik yang penting kerana ketepatan bahasa menentukan keberkesanan proses penyampaian dan penerimaan mesej. selain itu, ketepatan bahasa juga dapat meningkatkan imej peribadi seseorang. Safir ada menyatakan bahasa merupakan cara yang digunakan oleh manusia bagi menyampaikan fikiran, perasaan dan hasrat hati melalui lambang-lambang pertuturan yang dihasilkan secara sukarela.

Menurut Kamus Dewan, biadap bermaksud tidak berbudi bahasa, tidak beradat, tidak maju dan kurang adab. Seterusnya Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan mendefinisikan biadap ialah suatu perlakuan yang dikatakan kurang sopan, tidak sopan, kurang ajar, langgar bahasa, tidak bertamadun, primitif. Biadap merupakan perihal perlakuan yang biadap atau keadaan sifat yang biadap yang berlaku secara sedar atau sebaliknya. Manakala kebiadapan berbahasa merujuk kepada bahasa kasar, kesat, substandard dan berstatus rendah. Menurut Teo KoK Seong (1997), ¨Biadap boleh berlaku dalam penggunaan bahasa sama ada verbal atau nonverbal ( gesture, gerakan tangan, lirikan mata dll). Sehingga ia menunjukkan perlakuan yang tidak sopan dan tidak beradab. Dalam masyarakat Melayu, sesebuah percakapan atau interaksi itu selalunya bergantung kepada pemilihan perkataan atau struktur ayat. Ia juga dikaitkan dengan gerak badan yang melibatkan air muka, isyarat tangan serta gaya dan kedudukan badan pihak yang bercakap.

Comments Off on 1.5 Definisi Istilah

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan blog seorang pelajar yang bertajuk “separa normal”. Penulis blog ini merupakan seorang pelajar yang mempunyai nama samaran Poyotito’s dan mempunyai prinsip hidup seperti ‘I dont like being bad. It doesn’t makes me happy anymore.’ Beliau berasal daripada Jengka, Pahang.

Aspek utama yang mendorong pengkaji untuk meneliti blog pelajar ini adalah kerana beliau banyak menggunakan bahasa yang tidak formal dan lebih menjurus ke arah slanga. Namun pengkaji mengetengahkan aspek kebiadapan berbahasa yang wujud dalam blog ini kerana pengkaji mendapati ianya menarik untuk dikaji.

12 Comments »

1.4 Kepentingan Kajian

Kebiadapan berbahasa sering digunakan oleh orang ramai. Kadang kala kita menggunakan  perkataan tersebut tanpa mengetahui ianya adalah kebiadapan berbahasa. Secara tidak langsung kebiadapan dalam berbahasa boleh mengganggu kelancaran dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedari kebiadapan berbahasa ini kerap digunakan oleh masyarakat dan menjadi ikutan sehingga ia dijadikan sebagai amalan harian.  Maka, kajian ini amatlah penting untuk mengenal pasti kebiadapan berbahasa yang selalu digunakan khususnya dalam penulisan blog. Selain itu, kajian ini juga penting dari segi teoritis. Adalah diharapkan bahawa hasil kajian ini dapat menjadi bahan kajian teoritis yang mendukung penelitian lebih lanjut dan memberi manfaat serta dapat menyedarkan pengguna bahasa agar tidak menggunakan kebiadapan berbahasa dalam berkommunikasi sama ada secara verbal atau non-verbal.

10 Comments »

Lampiran

Memandu di jalan yang benar
Malam tu spirit gua nak balik memang down habis, namun tuntutan kerja memaksa gua pulang juga ke bandaraya Batang Kali. Bandaraya yang penuh dengan panca roba dan juga rumah sewa yang murah dan banyak nyamuk. Walaupun down namun kerja kerja basuh kereta tetap gua jalankan. Itu pun dengan bantuan adik gua yang jenis nak kena buat muka garang dulu baru nak tolong. Tak steady pulak rasanya berhenti Genting Sempah dengan tayar kereta berselut.

Selepas makan nasik kenyang kenyang dan tengok astro puas puas gua pun memandu pulang sekitar pukul sebelas malam. Malam memang gelap malam tu. Sama gelap dengan malam semalam. Sebelum pulang sempat juga mok selit kata kata nasihat seperti jangan tinggal semayang dan juga kerja betul betul. Gua dengan muka orang baik baik terus cium tangan mok gua bertubi-tubi sampai bunyik-bunyik. Mok sengih tanda puas hati.

Gua memandu perlahan benor sementara nak sampai ke Tol Chenor, ini adalah disebabkan tabiat lembu yang suka benor buat terkejut orang lepak tengah jalan. Jenis bergurau kasor. Gua tiga empat kali juga dah gua memandu atas rumput demi mengelak ke dia punya pasal. Pucat muka jangan cerita. Muka gitu kalu Paul Walker tengok memang gua segan. Hilang saja pucat gua terus tersengih sengih reply sms makwe.

Dipendekkan cerita, setelah memandu lebih kurang sejam sambil ditemani sms makwe, gua pun berhenti bubuh minyak di Genting Sempah. Upacara berhenti bubuh minyak ini juga disusuli dengan upacara cucuh rokok dan pergi toilet. Habis saja rokok sebatang gua bergegas pecut panjat Genting sampai meraung raung kereta mintak berhalus sikit. Namun gua tak peduli, gua tekan rapat minyak sambil sambil nyanyi nyanyi.

Selesai saja upacara naik bukit, gua terpaksa menjalani upacara turun bukit pula. Part ni terus terang gua kabor, gua cuak dan pandu perlahan saja. Jalan Genting – Batangkali tu bukan sekali dua makan orang. Jalan dah la gelap bukan main, hutan kiri kanan, selekoh pula macam setan. Gua sendiri pernah tengok kereta masuk longkang. Tapi gua tak berenti pasal dah ada orang lain berenti.

Malam tu kereta tak banyak, jarang jarang nak selisih dengan kereta orang, hala turun pula betul betul kereta gua sebijik. Gua sambil menyanyi lagu dari kumpulan Spoon meluncur perlahan meredah kepekatan malam. Sampai di satu selekoh tiba tiba gua jadi berdebor bukan main. Bayangan bukan bukan mula tergambar di kepala hotak gua. Itu hari makwe tanya kemain steady gua cakap tak takut. Tengah tengah gua debor tu, sempat juga gua up kasi tinggi sikit gua punya volume, suara dah jadi macam takut-takut. Gua up lagi sampai note paling tinggi, namun debor tetap tak hilang. Pemanduan gua mula jadi tak selesa, nak pecut gua bimbang eksiden. Lalu tanpa tunggu lama gua terus tukar lagu.

“Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim…

Tuhan ku..aku tidak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..”

Gua ulang ulang nyanyi sampai ke bandaraya Batang Kali. Elok je sampai dan debor pun dah hilang gua terus nyanyi balik lagu dari kumpulan Spoon. Nasib baik. Nasib baik dia punya merdu tak hilang.

_______________________________________________________________________________________________________

Emak saya memang tip top orangnya # 2
Malam tu gua punya bosan memang mari, disebabkan gua baru kena marah dengan bapak gua, jadi nak keluar malam memang gua cuak. Muda-muda dah kena halau dari rumah memang tak steady. Jadi gua buat keputusan untuk duduk diam di rumah tanpa membuat dosa. Gua belek belek majalah Kereta satu persatu. Tersengih sengih juga berangan bawak makwe jalan jalan naik Nissan Skyline R34. Mesti makwe cubit cubit peha gua kalu bawak laju.

Selepas puas berfikir yang bukan-bukan, gua beralih ke scene berlawan bola di kompiter. Terus terang cakap gua dah tak lalu nak menang dengan adik gua tu. Jenis sayur sangat. Sembang lebat. Jenis main cari penalti serupa Manchester United. Jijik punya perangai. Nasib baik gua memang jenis handal. Handal tak handal kadang kadang naik emosi juga bila kena saiko. Cilakak betei. Naik serabut kepala hotak gua. Gua ni dah la ada tanggungjawab lain iaitu membalas sms makwe.

Bila dah pedih pedih ibu jari, gua pun beralih ke bidang yang lebih santai iaitu menonton televisyen. Terus terang cakap, kerja-kerja menonton televisyen ni memang satu kerja yang sedap dan steady jika dilakukan sambil baring. Ambik bantal, lipat dua, taruk belakang tengkuk. Peh. Memang selesa bukan main.

Malam tu cerita TV3 memang sedap, tersengih sengih gua layan. Sms makwe gua tak balas konon konon gua dah lelap. Esok pagi cakap dah tertidur. Setel. Cerita TV3 malam tu memang tip top, dia punya makwe memang cun dan pandai berlakon. Bukan serupa Pasah Sandha. Jenis berlakon menyakitkan hati orang. Perangai dah la macam setan. Gua dah lama simpan hajat nak letupkan mercun bola dalam mulut dia. Sampai hari ni tak dapat dapat.

Tengah sedap-sedap gua layan, tiba tiba adik gua yang bongsu suruh alih channel yang tayang cerita indon. Gila. Dari pagi bawak ke malam cerita indon, itu pasal suruh buat sirap pun barai lagi dia punya rasa. Gua sebagai abang yang garang dan tegas terus sound satu kali tanpa bagi muka sambil sorok remote celah kain pelikat. Kakak gua dan adik gua lagi satu tunjuk ibu jari pada adik bongsu gua tanda sedap. Buruk buruk muka adik gua merajuk. Gua pun sambung layan cerita TV3 dengan hati yang puas.

Dengan tidak semena mena emak gua datang dari dapur dengan sekole air milo bersama biskut kering. Gua mula rasa tak sedap hati. Emak gua taruk biskut kering sama air milo atas meja, dengan perlahan lahan emak gua mengalih pandangan ke arah peti televisyen.

“aik? mana Gerak Khas tadi? habis dah?”

“alaa mok ni, Gerak Khas sokmo, bukan sedak pun..”, kata gua sayu sambil perlahan lahan mengeluarkan remote dari celahan kain pelikat.

“alih je laa..mok suka cerita dia..”

“BOOOO..!!!!”, jerit adik bongsu gua tepat tepat depan muka gua lalu berlari masuk bilik. Terus terang cakap, kalu dan ke gua, memang kat situ jugak gua lepuk dia punya muka.

_______________________________________________________________________________________________________

Hidup
Sebenarnya, seminggu dua ni kepala hotak saya macam dah penuh. Rasa macam dah tak berfungsi sangat. Penuh dengan pelbagai perkara yang saya fikir dan akhirnya buntu. Nak update status di facebook pun saya macam down. Baru baru ini saya entah macam mana,telah termuhasabah diri. Ya, tentang diri dan juga hidup saya.

Saya terfikir tentang diri saya yang barai ini. Liar dan tidak berperasaan. Betul, saya sudah lama tidak bersedih. Tidak kira apa permasalahan hidup yang saya lalui. Saya kekal dengan imej steady dan keras. Ini kerana pendapat peribadi saya mengatakan bersedih sedih atas apa jua masalah dan kesedihan adalah sesuatu yang merugikan. Bersedih disini bukanlah ertinya menangis. Murung, bermuram durja juga saya anggap ia di dalam kategori bersedih. Saya tidak suka orang yang meladeni rasa sedih secara beria kerana saya memegang kuat kata kata, ‘hidup ini terlalu singkat untuk bersedih’. Sikit sikit cukuplah.

Telah lama saya buang perasaan sedih dari ruang hati saya, namun sedikit sebanyak ia masih bersisa di hati. Saya sebenarnya adalah seorang yang simple dan cepat terhibur. Saya tidak perlu keluar menghabiskan duit semata mata mahu mencari hiburan. Cukup sekadar duduk tersadai di rumah mengadap internet sudah cukup menghiburkan saya. Tak dapat broadband, via opera mini pun jadi. Saya tidak faham kenapa ada status bertemakan bosan di facebook. Dah tau bosan berkawanlah dengan orang. Jangan jadi kera sumbang.

Sebenarnya lagi, saya terfikir tentang hidup saya. Entah berapa banyak masa saya dibazirkan dengan kerja yang sia sia. Satu ketika dulu, terlalu banyak sisi gelap, terlalu banyak perkara negatif dalam diri. Terlalu banyak juga kerja kerja mungkar yang telah saya ceburi. Entah nak jadi apa. Saya sepatutnya malu kerana saya disuntik dengan didikan agama yang cukup mantap oleh ibu bapa. Di sekolah juga begitu. Pagi petang mengadap kitab. Gila jemu kalu dikirakan.

ok, setakat ini dulu. Nanti saya sambung. Notification kat facebook dah mencanak canak naik ni..

_______________________________________________________________________________________________________

Hidup # 2
Hidup saya dulu memang barai habis, sembahyang entah ke mana, belajar entah ke mana, semua tau nak enjoy saja. Nasib baik dapat juga merasa masuk universiti. Itu pun kawan kawan yang beria ajak. Ikut hati saya masa tu memang tak lalu dah nak belajar. Leceh. Nak kena baca itu baca ini. Assignment sana sini, nasib baik boleh copy dan paste je. Tukar nama, tukar nombor id, edit sikit sikit dan print, kirim dekat orang suruh hantar. Senang gila.

Saya masih ingat kata kata bapak saya ketika saya dibuang asrama dulu, kata katanya membawa maksud begini, ‘ko ni kalu ikut kepala hotak memang boleh jadi apa sahaja yang ko nak, tapi malang ko pilih nak jadi nak jadi macam ni. rugi.’. Ya, dah lama bapak saya cakap menda ni kat saya. Tahun 2002. Tahun barai saya. Tahun 2003 saya jadi orang sikit. Tahun 2004 dan lepas tu lagi teruk dari 2002.

Sebenarnya dulu dulu saya pernah menyimpan dendam terhadap bapak saya. Sebab saya rasa bapak saya bertindak tidak adil terhadap saya. Sampai satu tahap saya rasa seperti saya anak tiri. Saya jadi rebel tak tentu pasal. Saya berhenti mintak duit walaupun masih belajar, tapi time dia bagi tersengih sengih juga saya ambik. Kena marah saya buat keras dan buat pekak. Namun bapak saya lagi kental, lagi saya buat pekak lagi power dia punya volume. Akhirnya, saya realize yang rupa rupanya saya yang bengap rebel tak tentu pasal.

Scene dadah terlarang, rempit dan ehem ehem bukan asing lagi sebenarnya pada saya, suatu ketika dulu. Mujur tak tangkap dek polis saja. Jumpa road block mula la berdebor bukan main. Mujur la tak jadi apa apa. Kalu tidak mungkin sekarang saya tersengih sengih menaip dari dalam penjara. Berkenaan hal rempit pula, bukan saya tak pernah layan corner sampai tahap foot rest bergesel dengan jalan.Dia punya berapi jalan memang boleh mendatangkan kenikmatan. Tapi bila lepas eksiden, eksiden, saya serik. Jadah apa main motor sampai muka berparut. Sakit tu satu hal lah.

Bila dikenang kenang balik, saya rasa bengap bukan main saya dulu. Tapi normal lah kan, budak budak, apa yang penting ialah sekarang. Mulai sekarang saya rasa saya patut serius dengan hidup saya. Saya pernah tulis pasal ni pada status di facebook saya. Saya serius bukan main dah masa tu, sebenarnya status lain pun saya serius juga. Cumanya, saya tulis dengan cara yang tak serius. Pernah saya bagitahu pasal keinginan saya hidup sederhana di Batang Kali, ya, saya sangat serius tentang hal itu. Harap harap tinggal di bandar yang tenang ini, jiwa saya juga akan tenang.

Hidup ni nak jadi orang baik senang sahaja sebenarnya, jaga solat betul betul. Solat ni sebenarnya boleh jadi pendinding kita. Barai solat barai la semua. Bapak saya juga pernah kata, hidup ni hari hari kena tahu juga berapa banyak menda baik dan berapa banyak menda buruk yang kita buat. Kalu dah banyak menda buruk daripada menda baik itu tanda dia kita kena berhenti jadi orang.

Ok lah, saya rasa sampai di sini sahaja lah dulu bercakap hal serius ni. Nanti lain kali saya sambung lagi. Saya akhiri entry ini dengan persoalan yang diutarakn oleh mendiang Bob Marley semasa hidupnya,

“Open your eyes, look within. Are you satisfied with the life you’re living?”

_______________________________________________________________________________________________________

Fokus
Dalam minggu minggu gua muhasabah diri itu hari, ada satu malam tu gua rasa bersemangat betul, rasa macam nak ubah segala galanya. Gua duduk termenung di tempat kerja dan merancang hidup. Gua rasa gua perlu perubahan dalam susun atur hidup gua. Gua tak nak lagi hidup melara. Tak ada guna badan sasa tetapi hidup terumbang ambing.

Minggu tu gua bekerja shift malam, jadi gua ada banyak masa untuk termenung memikirkan masa depan. Kerja shift malam kerjanya tak banyak, supervisor gua tak ada. Gua kena handle sorang sorang sebarang kerosakan yang bersangkut paut dengan department gua. Steady habis bila orang ramai ramai pakat tengok kita buat kerja. Macam gua kabor itu hari, rasa macam hero. Gua pulang ke rumah pagi itu dengan bersemangat dan tidur yang cukup.

Gua rasa banyak menda yang perlu diperbetulkan dalam jadual hidup gua. Jadual tidur yang paling penting. Susun atur rumah, jadual senaman, jadual makan, jadual mandi dan jadual beribadat. Semua menda nak kena setting lain. Yang lama dah tak boleh pakai. Dah tak relevan dengan umur dan body. Dulu badan kuat, umur pun muda lagi. Sekarang dah tak rasa muda dan kerap mengalami sakit pinggang. Harap harap bila dah ada bini nanti, bini sudi la urut bila gua pulang dari kerja.

Dalam kepala gua memang banyak menda gua fikir semasa memandu pulang. Mula mula gua akan bersenam dulu, angkat dumbbell dan juga pelbagai senaman rahsia gua demi menjaga bentuk badan gua yang seperti sedia maklum, mengiurkan. Kemudian, gua akan basuh baju yang banyak boleh tahan juga tak berbasuh, gua rasa gua dah tak patut hantar ke dobi. Badan sedap tapi baju hantar dobi bukan steady sangat bunyi dia. Siap sahaja basuh baju gua akan menyusun atur balik perabot dalam gua yang ada dua tiga kerat sahaja itu. Perabot tersebut hanyalah enam buah tilam, dua buah meja kecil, sebuah rak dan paling berharga ialah sebuah periuk nasik karan. Boleh masak lapan put. Tibi dah tak ada pasal owner dah ambil balik. Jadi tengah tengah malam memang dah tak dapat nak pekena Nightline. Hujung minggu pula gua akan sunyi tanpa Melodi.

Sampai sahaja di rumah, gua terus pulun makan nasik lemak yang gua dah bungkus siap siap. Siap sahaja gua terus naik ke bilik gua iaitu di tingkat atas. Masuk sahaja bilik gua terus tanggal baju dengan gaya kung fu. Gua perhati setiap sudut bilik. Di satu sudut, gua ternampak satu laptop. Gua renung laptop dalam dalam. Tanpa perlu renung lama lama, gua terus on dan terus button connect di Celcom Broadband Manager. Alhamdulillah, internet boleh tahan bagus pagi tu, sampai ke petang gua mengadap facebook.

_______________________________________________________________________________________________________

Seribu penyesalan
Baru baru ni entah macam mana, prestasi gua ketika bermain futsal memang down habis. Rembat tak tepat, berlari perlahan bukan main walaupun rasanya macam dah all out, cepat pancit, dan juga kawalan bola yang macam setan tak kemas langsung. Jadi sebagai rakyat biasa, gua tanpa segan silu menyalahkan kasut futsal gua, dah tak sedak. Jadi gua buat keputusan yang berat untuk membeli kasut baru. Elok saja punch out jam lapan malam, gua terus tala ke Al Ikhsan cawangan Rawang. Terus terang cakap, gua kecewa dengan sikap makwe Al Ikhsan cawangan Rawang yang memandang gua seperti gua miskin benor orangnya. Gua tau lah muka gua hitam hitam kena minyak. Dia tak tahu gua ni berapa punya wangi kalu lepas mandi.

Selesai sahaja urusan beli kasut, gua terus tala balik ke rumah sambil membayangkan rembatan gua yang persis Wesley Sneijder sekejap lagi. Tengah sedap berimaginasi, gua tiba tiba terfikir yang kasut baru dah tentu lah tak ngam dengan stokin lama, jadi gua pun berhenti di satu kedai serbaneka di Batang Kali. Disebabkan jam dah menghampiri angka sembilan, gua pun dengan cepat cepat terus ambik stokin lalu menuju ke kaunter. Ramai pulak orang nak bayar, mujur gua dapat tempat kedua setelah berjalan cepat cepat dan buat muka garang. Depan gua ada satu budak sekolah tengah nak bayar buku tulis tujuh lapan keping pelbagai saiz.

“tujuh ringgit dua posen”, kata tokei kedai.

“alamak tokei, saya ada lima ringgit je lah”, kata budak sekolah tersebut. Gua agak baru tingkatan empat.

“takpa, you kasi tolak la mana you tak mau”, balas tokei kedai pula.

“tapi semua saya nak pakai ni..”, jawab budak itu dengan berat hati sambil belek belek buku mana nak tolak semula.

“ok, cukup.”, kata tokei setelah mengambil semula dua buah buku dari budak sekolah tersebut.

Budak itu pun berlalu pergi dengan hati yang gua kira cukup hampa.

Gua menghantar budak sekolah tu keluar kedai dengan satu pandangan pilu. Gua ada ratus ratus dalam dompet, gua ada berpuluh keping duit syiling dalam pouch bag, gua ada belas belas ribu dalam akaun, tapi kenapa, kenapa gua tak tolong tambahkan RM2.20 untuk budak sekolah tu? Gua mampu untuk membeli kasut bernilai RM130 untuk bersukan, namun gua tak mampu nak tambah sedikit duit untuk budak sekolah tu belajar. Entah kenapa dengan gua malam tu.

Gua tak menyesal tak belajar betul betul, gua tak menyesal bawak motor laju laju sampai muka berparut, gua tak menyesal menduakan makwe, gua tak menyesal banyak buat jenayah di masa muda gua, tapi gua menyesal, gua menyesal tak tolong bayarkan buku budak sekolah tersebut. Malam tu gua main futsal macam setan. Tiga hari tiga malam gua tidur tangan atas dahi memikirkan nasib budak sekolah tersebut. Apa apa pun gua doakan budak sekolah tu berjaya di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan datang. Lepas ni kalu gua jumpa budak tu kat kedai tu lagi, gua akan belanja dia buku sama air bandung cincau.

Nota: belas belas ribu dalam akaun tu gua acah je, bagi sedap cerita.

_______________________________________________________________________________________________________

Kelahi
Baru baru ni gua akhirnya telah pulang ke kampung halaman dek kerana permintaan ahli keluarga dan juga kawan kawan. Sedap betul balik kampung ni rupanya. Nak balik semula memang berat. Tiga empat kali bye pun tak gerak gerak juga lagi. Tapi bukan itu yang gua nak cerita. Gua nak cerita pasal satu word yang gua perhati orang suka buat dan tak cuba elakkan. Kelahi.

Gua perhati sekarang ni orang memang suka kelahi kelahi. Terus terang cakap, gua dulu gitu juga. Bukannya gua tak pernah pijak orang sampai cemas cemas putus telinga. Tapi itu zaman gelap gua, tengah lior orang kabor. Tapi sekarang gua tak berminat betul. Description pada blog gua ni dah cukup untuk menterjemahkannya gua rasa. Dan alhamdulillah setakat 3,4 tahun gua blogging ni ok lagi. Tak ada orang ajak kelahi lagi, kutuk belakang tu gua tak tau la. Gua tengok dekat blog orang berkelahi, dekat facebook orang berkelahi, kat tempat kerja pun sama. Gila. Cuba la berkawan molek molek tak boleh?

Gua perhati sekarang ni orang suka main troll troll. Bagi gua menda ni ada bagusnya, kalau kena dengan caranya. Kita nak tegur orang kena ada skill, kalu tak memang barai. Serupa memujuk makwe juga la, salah pujuk makwe lagi merajuk. Kalu dah tegur sampai kawan tu malu dan sakit hati itu bukan tegur nama dia. Pandai pandai lah lu fikir apa gua nak kabor ni. Gua pun bukan reti sangat juga nak bagitahu.

Masa gua balik kampung itu hari, mok gua ada bercerita, orang tua di kampung gua berkelahi sesama sendiri di tengah kenduri. Gila. Garang garang gua dulu pun tak pernah bergaduh tengah orang. Jenis tak malu betei. Kalu ye nak berkelahi, tahan dulu laa, malam karang pergi letup dekat rumah. Berkelahi tengah kenduri orang ni nampak sangat pandir, nampak dek budak budak muda serupa gua ni memang kena kutuk rapat. Tengah sedak mok bercerita, gua pun mencelah tanya,

” ayoh tak masuk ke mok? takkan ayoh tak tolong?”

” ayoh kat rumoh lagi masa tu, tengah mandi, kalu ada tak berani orang nak kelahi..”, balas emak gua.

Gua tersengih sengih setuju dengan statement mok gua. Menda bukan gua tak tahu bapak gua cemana dia punya garang. Time time camtu gua teringat ada sekali gua kena lempang time mengaji pasal gagal buat bunyi idgham maal ghunnah. Power tak power pelempang bapak gua tu, seminggu gua tak selera nak main pasir.

_______________________________________________________________________________________________________

Prinsip
Ok. Masuk hari ni dah sebulan lebih gua tak update blog. Jadi sebelum masuk dua bulan, baik gua update dulu sepam. Gua sebenarnya dah malu nak kabor gua sibuk ni sebenarnya. Jadi kali ni gua bagi alasan yang lain sikit, iaitu gua tak ada idea. Senang. Hari hari pergi kerja balik malam, pergi malam balik pagi. Dekat tempat kerja pulak tak ada yang menarik selain dari berborak dengan supervisor gua iaitu Jamal. Jamal pulak kalu dapat berborak memang satu apa kerja tak jalan. Sama naik bercerita sampai naik naik tangan. Alhamdulillah tau tau dah masuk waktu rehat..

Ok, sebenarnya blog gua tidak berupdate adalah kerana prinsip. Ya, prinsip. Prinsip yang mengatakan kalu tak ada idea jangan mengada ngada nak tulis juga. Gua bukan tak boleh nak taip tiga empat ayat lepas tu post, tapi gua tak nak. Sebab gua menghargai pembaca Separa Normal. Gua rasa lu orang patut dapat apa apa dari apa yang lu baca. Senang cerita, ada isi. Macam salam kaut. Andai tidak dari segi ilmu, kurang kurang dari segi hiburan. Kira kalu lepas baca tersengih tu kira ok laa. Senang cerita lepas ni kalu gua tak update, lu anggap je lah itu satu bentuk penghargaan dari gua. hihi.

Gua perhatikan sekarang ni banyak betul blog baru timbul. Sama naik dengan akaun facebook. Semua orang nak ada twitter, semua orang nak ada blog. Gua terfikir juga, blog sana blog sini siapa yang nak baca? Dalam ramai ramai tu ada juga yang singgah di Separa Normal. Ada yang baca entri dan komen, ada yang komen dekat chatbox, ada juga yang pesen baca tidak apa tidak tau tau dah komen. Memang licik. Gua pulak kalu rajin dan ada masa, gua akan usha balik mana mana blog yang singgah tadi. Usha entri sepam, komen. Macam orang lain juga. Kalu sedap gua datang lagi. Kalu gua tak datang tu maksudnya gua sibuk mengata orang dekat facebook. Takpun main poker. Ha bercakap hal poker ni gua sakit hati betul. Memanjang kalah saja, itu hari kemain senang dapat enam juta. Sekarang nak dapat setengah juta pun susah. Jenis main poker pun main jampi susah laa. Ish, menda aku cakap pasal poker pulak ni?

Berbalik kepada tajuk utama kita tadi, prinsip. ‘Hidup ni kena ada prinsip, dah ada prinsip baru ada jiwa’. Gua tulis ni pada status gua di facebook. Prinsip ni bukan menda main main, menda menda ni lah yang buat jiwa kita kuat, tak mengikut orang dan juga jadi kalis kecik hati. Baru baru ni ada satu makwe sms gua, ‘ macam mana nak jadi hati batu’?. Gua reply sambil baring dari dalam opis, ” create satu prinsip, dan berpegang kuat padanya, sepertimana kau berpaut kuat pada agamamu’. Makwe balas lagi, tapi menda entah dia balas gua pun lupa. Gua pun sambung balik layan arena rock.

Hidup kita ni memang banyak masalah, normal. Masing masing ada masalah sendiri. Sama juga macam gua. Yang berbeza cara kita hadap. Hadap cara lembik memang laa lembik jadinya. Cuba keras sikit. Ni tidak, hal kecik kecik pun nak menangis, mogok sana mogok sini tak nak makan nasik. Buat sakit badan saja. Jiwa kita ni kena laa kuat, tak kisah laa laki laki ke perempuan. Jangan sebab engkau perempuan hati kau dibiar lembut macam gitu je. Gua cakap macam ni mungkin nampak macam sombong sikit tapi terpulang lah lu orang nak kata apa.Ok, aku tau. Aku bercakap macam menda ni senang kan? Sebab aku ni macam macam problem punya sampai. Tapi ada ko nampak aku bersedih? Tapi ada sebenarnya. Baru baru ni.

Satu masalah yang memang real punya problem menimpa gua. Lagi real dari cerekarama, lagi perit dari kena tampor. Empat pusingan gua try makan nasik, peh, sesuap je boleh masuk. Tidur jangan cerita, sikit pun tak boleh nak lelap. Pegi kerja barai, melayang layang rasa badan. Problem jenis gitu memang gua mengalah. Dia punya serabut kepala memang real. Hati berkecamuk. Sampai satu tahap gua pergi klinik mintak ubat batuk. Supaya gua boleh tidur dan bertenaga pergi kerja. Dan bila mana gua fikir punya fikir gua dapat satu jalan yang paling real. Gua semayang dan mintak doa pada tuhan. Peh, sekejap je hati jadi tenang. Tak payah ubat batuk tak payah apa, lena tidur sampai lapar lapar perut. Bangun bangun tidur gua usha talipon, 99 missed calls. Mantap.

Sepertimana gua jawab pada interview oleh Bozu itu hari, gua pernah ada makwe lapan kali. Bukan ada makwe sampai lapan. Satu orang makwe pun tak panggil gua ‘abang’. Ini semua sebab prinsip. Sama juga dengan dalam berblog. Ada pernah lu orang baca pasal politik di blog gua? tak payah cari. Memang tak ada. Ada pernah lu orang tengok gua klik button ‘follow’. Tak pernah dan semuanya bersebab. Bercakap hal follower ni gua nak berterima kasih juga la pada yang follow Separa Normal. Gua yakin ramai follower yang true di Separa Normal. Walaupun tak semua. Bagi gua follow tak follow tak penting yang penting respon pembaca. Ni karang follower ratus ratus komen tak sampai tiga puluh, apa cerita? Gua sebenarnya ada nak ulas sikit pasal tulisan Bozu kat sini tapi sebab dah panjang sangat gua kensel je lah. Lu orang pandai pandai lah baca sendiri.

Ok, gua ni prinsip sana prinsip sini, sekarang gua nak tanya, lu orang masuk tak dengan apa gua tulis ni? Lu orang ok tak gua serius macam gini gaya? Sebelum kita berpisah ni sekali lagi gua nak pesan, mana nak dengar, dengar. Jangan hisap dadah, jangan bercinta kalu rasa lambat lagi nak menikoh, jangan tinggal semayang, dan paling penting jangan masuk Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung. Aku lempang betul betul karang. Pasal prinsip gua tu jangan lah ada siapa siapa yang tanya. Bak kata Siti Nurhaliza dalam lagunya, biarlah rahsia..

_______________________________________________________________________________________________________

Emak saya memang tip top orangnya # 3
Gua masa muda muda dulu memang gagah. Kerja kerja menyapu sampah, berkebun, tebang pisang, raut lidi, siang tebu, kupas kelapa, jemur kain, cabut lengkuas, bakar sarang tebuan, mandi paya, cari daun kesum, mesin rumput semua dah sebati dengan body gua. Sampai kadang nampak ayu semacam bila terbongkok bongkok menyapu di halaman rumah sambil tangan kiri taruk kat belakang pinggang.

Tapi dalam banyak banyak tu, pengalaman mesin rumput lah yang paling luas sekali. Kadang datang rajin dia sampai ke pukul dua gua mesin. Dia punya panas jangan cerita, perit leher leher. Itu jam kalu tak pakai topi tukang kebun hok jenis lebar tu memang boleh mendatangkan leher hitam. Peh, mula la jalan nak kasi kolar tegak. Tapi dalam hal mesin rumput, gua cukup tak berkenan bila tengah all out tiba tiba minyak habis. Dia punya stim memang menurun. Sayu saja rasa hati nak start lain. Penyudah dia gua tersengih sengih naik atas rumah sambil order sirap bandung satu.

Namun, itu dulu punya cerita, sekarang di tahun 2011 ni gua punya malas memang padu. Basuh kereta pun main upah adik saja suruh basuh. Nasib baik murah. RM5 luar dalam. Disebabkan gua puas hati, gua up lagi seringgit jadi enam ringgit. Budak budak tak boleh bagi banyak, nanti dibuat beli rokok. Matematik pun gagal nak hisap rokok memang gua tendang. Sekarang ni gua jangan kata nak mesin rumput, nak menyapu sampah pun dah jadi tak lalu. Pandai pandai la halaman rumah gua tu jaga diri.

Gua sekarang ni lagi gemar duduk duduk di beranda dapur sambil pekena berborak. Sambil borak sambil tendang bola ke dinding beranda. Sampai retak dinding. Tak tau lah sebab tendangan gua power sangat atau memang dah sedia retak. Tapi rasanya memang sebab tendangan gua yang power. Tak tau lah tu. Puas menendang, gua duduk, puas duduk gua masuk dalam rumah, cubit ikan panas panas baru goreng lepas tu blah, kalu ada ayam gua cabut kulit dan sambung menendang bola. Dah penat gua sambung balik duduk.

Tengah sedap duduk menyandor, datang mok gua yang tip top bukan main tu.

“ah awok ni, asyik duduk saja kerjanya, cuba laa mesin rumput ke apa ke, ada juga pekdohnya”, sound mak gua lebih kurang.

“alaa mok, rilek laa..nanti raya laa kome mesin.., mesin sekarang pun nanti raya dia tumbuh jugek..”, balas gua steady sambil buat muka tak larat. Biasanya taktik ni tak menjadi.

“memang laa, tapi pada awok duduk saja gitu baik laa pergi mesin, ceroh sikit rumoh kita..tak mengantuk ke duduk saja gitu, kalu mok laa mengantuk duduk saja ni”, balas mak gua pula steady. Sama naik saja mak gua pun, orang nak steady dia pun nak steady juga.

” ha, itu lah mok tak tau, kome ni lain, kome ni kalu buat kerja mengantuk je rasa, tapi kalu duduk saja tu ok pulok! hehe”, balas gua bersahaja.

“itu lah dianya. itu yang mok malas bercakap dengan awok tu! ada saja jawapan dia! mok jahit mulut tu karang tau laa!”, balas mak gua pula garang sambil perah santan sampai timbul urat tangan.

Gua sengih sengih saja buat tak dengor. Nasib baik mok gua tak buat laporan kat bapak gua. Kalu tidak berkilat laa muka kena mesin rumput lepas zohor..

_______________________________________________________________________________________________________

Setahun sudah berlalu
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Ok. Pada entri kali ini gua tanpa malu-malu ingin membuat sedikit ulasan mengenai sebahagian pasukan-pasukan World Cup 2010 dengan sesuka hati gua. Macam kita tahu World Cup sudah habis. Jadi ini adalah rumusan saya.

Jerman
Macam kita tahu, team ni gila babi steady. Player muda-muda je. Mereka laju dan berkemahiran tinggi dan tak banyak brek bila counter attack. Jenis otak cepat. Dari bawah bawak ke atas semua steady-steady laju. Dah. Gua tak selera nak ulas lebih-lebih pasal team ni. Gua syak mereka hisap ice. Takpun minum air ketum sebelum masuk padang.

Brazil
Mula-mula gua ingat team ni akan menapau Belanda yang gua sokong dan mudah ke final. Tapi last-last dia yang out kena tibai. Memang naya. Buruk-buruk muka budak-budak Brazil main lepas kena tinggal 2-1. Tapi apakan daya Belanda lagi handal dan bertuah malam tu. Lu confident sangat tu la Brazil…

Spain
Team ni adalah antara tiga team yang gua jangka akan menjuarai World Cup 2010 berdasarkan reputasi baru lepas menang Euro 2008 dan saingan peringkat kelayakan yang cemerlang. Dan sememangnya jangkaan gua tepat. Tapi mula-mula buat hal kena dengan Switzerland. Mujur lepas tu menang belaka walaupun main dibawah keupayaan sebenar. David Villa memang handal walaupun gaya time bawak bola huduh dan tidak smart. Pesen bawak bola mengangkang gitu gaya. Huduh Villa woi..!!

Argentina
Gua tak tipu. Ini pasukan pilihan no dua gua. Walaupun corak tak berapa cun dan defense lembap bukan main masa lawan Jerman. Gua syak Maradona mesti malu gila babi bila kena titik 4-0 itu hari.. Messi walaupun main bagus tapi kesian betul tak dapat gol. Tevez gua respek. Main macam berperang. Pendapat peribadi gua, Higuain main macam pundek malam tu. Berlakon porno lagi molek. Gua tidur malam tu dengan mata bulat.

Ghana
Terus terang, gua berharap Ghana yang akan lepas ke separuh akhir masa dia lawan Uruguay. Main mati-matian gua tengok diorang main. Gila bersungguh-sungguh. Tapi takdek arah Uruguay ada dua keeper atas padang. Setan punya Suarez. Gyan pulak buat hal tendang laju-laju bahan ke palang. Time-time macam tu lah dia nak buat hal. Gua yakin seluruh pasukan akan menyalahkan Gyan dalam hati. Nak cakap terang-terang takut kawan tu kecik hati. Kesian gila gua tengok muka budak-budak Ghana. Kalau Fifa ada buat format undi masuk, tobat gua undi Ghana.

Belanda
Team pilihan gua.Gua mengharapkan team ni yang akan menjuarai World Cup 2010. Gua pilih pasal Belanda ialah team yang low profile, steady dan juga total football. Tapi bila gua tengok betul betul tak ada lah total football sangat. Tak banyak harapan dan publisiti yang diberikan kepada Belanda. Main tak berapa cun juga walaupun layak ke final. Gua harap kerajaan Belanda tidak segan silu memberi cuti dua minggu kepada gua sempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

England
Team paling menghampakan penyokong. Main serupa haram jadah. Kalau gaya sebelum World Cup pung pang pung pang macam-macam cakap. Sekali main, barai. Defense yang lembik, midfield yang kelam kabut, dan forward yang tak boleh diharap merupakan strategi pasukan ini. Gila. Rooney sebelum main bukan main sembang nak jadi top scorer, tengok-tengok sebijik pun tak dapat. Tak dapat gol tu tak apa la. Tapi yang pergi main sebijik macam pemain Malaysia tu apahal?. Namun, sebagai rakyat Malaysia, gua bangga. Gua akhiri rumusan tentang England ini dengan kata-kata,’ alaa..kalu gol Lampard tu kira pun bukan ke mana juga..”,

France dan Italy
Team paling barai 2010. Gua daripada awal dah agak dua team ni memang tak kemana. Tapi gila apa pusingan pertama pun tak lepas. Finalis 2006 dan defending champion tu. Main memang macam bangang sungguh. Gua taktau nak cakap apa. Gua harap tokei-tokei judi di luar sana dapat mengambil pengajaran dari kejadian ini. Daripada bertaruh pada team bangang macam ni, baik bagi gua duit tu. Lepas juga gua beli tali pinggang baru.

Subkhiddin
Satu-satunya rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan game di Afrika Selatan. Tapi naya betul ke dia tak dapat jadi referee nombor satu. Sampai ke sudah duk angkat papan tu je kerja dia. Namun gua puji juga kerana beliau berjaya mengangkat papan nombor tu dengan penuh jiwa dan bergaya. Steady Subkhiddin..!!

Note: Ok. Sebenarnya, gua jumpa menda ni dalam folder pada kompiter lama gua di kampung baru baru ni. Banyak lagi sebenarnya, nanti pelan pelan gua publish. Jadi walaupun dah hampir setahun World Cup 2010 berlalu, gua nak publish juga. Gua peduli hapa. Blogspot bukan marah pun.

_______________________________________________________________________________________________________

Di dada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan # – Murad Costigan Jr. – Persoalan
Ketika Murad pergi menghantar makwe ke KLIA tempoh hari, Murad telah menghadiahkan sebuah puisi poket berjudul Tangerin & Nikotin kepada makwe. Ditulis oleh makwe bernama Mimi Morticia. Entah siapa siapa Mimi Morticia ni Murad tak peduli. Kerana yang penting ialah apa yang ditulis, bukan siapa yang menulis. Nak bagi hadiah mahal mahal Murad bukan berduit sangat.

Makwe menerima buku tersebut dengan mata yang bersinar sinar. Sambil sambil menunggu boarding time, makwe membelek belek buku kecil tersebut penuh minat sambil ditemani Murad. Dibacanya perlahan lahan. Helaian demi helaian diselak. Dan berhenti tatkala bertemu dengan perkataan perkataan yang kurang difahami. Murad dengan steady menerangkannya satu persatu dengan gaya cikgu cikgu.

Tiba tiba makwe berhenti lama dia helaian mukasurat nombor sebelas. Di satu persoalan yang berjudul FAQ. Makwe termenung. Jauh gayanya kalu diukur dari kedut pada dahinya. Murad tenang memerhatikan gelagat makwe tanpa sepatah kata. Lama kelamaan makwe bersuara.

“ok, kalau saya tanya awak soalan ni, apa awak akan jawab?”, tanya makwe penuh makna. Jari telunjuknya ditala ke persoalan yang berjudul FAQ tadi.

“saya akan jawab, tapi saya nak awak yang jawab dulu”, jawab Murad ringkas.

“aik? kenapa saya dulu pulak?”, balas makwe pula. Hairan sangat gayanya.

“sebab nanti awak tiru jawapan saya! saya tau dah perangai awak tu..”, balas Murad pula lancar.

“hak hak! ye laa, ye laa..nak tiru pun tak boleh! ok, kalu saya..saya nak saya yang mati dulu.”, jawab makwe tanpa fikir panjang.

“sebab?”

“sebab saya tak sanggup nak tengok awak mati..”, jawab makwe sayu, “awak pulak”?

“kalau saya, saya juga harap awak yang pergi dulu.”, konfiden bukan main Murad jawab. Sampai jadi garau garau suara. Biasa biasa dah laa Murad..

“KENAPA?”, makwe respon sepantas kilat.

“sebab saya nak bahagiakan awak sampai akhir hayat awak, saya tak yakin ada orang lain yang boleh buat awak bahagia sama seperti yang saya buat”.

Makwe pandang muka Murad dengan mata berkaca. Cepat cepat Murad lap hujung mata makwe pakai ibu jari.

***
Pertanyaan: Kamu rela orang yang dicintai setengah mati, mati dahulu, atau kamu yang pergi dahulu?

_______________________________________________________________________________________________________

Ini zaman dulu punya cerita # 13 – Keranamu Cybercop
Masa gua kecik kecik dulu, gua cukup minat nak pergi sekolah. Bangun pagi pagi gua akan kayuh basikal pergi sekolah. Petang pula gua akan kayuh basikal juga pergi sekolah agama. Hantar hantar memang tak ada. Masa darjah satu saja emak gua hantar pasal risau gua tak boleh bawak diri dan akhirnya jadi mat rempit. Lagipun masa darjah satu gua bukan ada basikal lagi. Darjah dua gua dah pandai pergi sekolah sendiri. Senang kerja mak gua. Itu jam siapa pergi sekolah mak bapak hantar memang gua pandang sinis. Dalam pandai tu ,tiga empat kali juga gua bersepah atas jalan nak boleh ke grad darjah enam.

Kalau nak diikutkan, gua lagi suka pergi sekolah agama dari sekolah kebangsaan. Sekolah agama ni happening sikit. Macam macam game boleh main. Lumba basikal, main perang perang, main bola, main cuit tiang, berkelah dengan makwe dan juga main bola tampar dalam masjid pakai kopiah. Lagi satu main gelongsor bukit. Sampai hijau hijau baju melayu warna putih. Silibus pembelajaran pun senang. Jemu juga asyik betul saja jawab. Ustazah pula selalu tak masuk. Memang jadi ustazah pujaan.

Masa zaman gua tu cerita paling in ialah cerita Cybercop. Layan betul cerita dia. Dia punya sedak kurang sikit saja dari Gaban. Kerap juga gua buat gaya dia bertukar jadi Cybercop. Ada masa jadi, ada masa tak jadi sangat. Cerita main pukul 4.30 petang. Sekolah agama habis pukul lima setengah. Gua cukup tak gemor dengan masa pembelajaran yang tak selari dengan cerita tibi ni. Nak tak nak gua kena lakukan sesuatu. Gua kemas kemas beg. Sepantas kilat gua pecut keluor ikut pintu belakang. Gua kayuh basikal sekuat hati sampai rumah.

***

“eh, awal balik hari ni lang?”,tanya mak gua sambil lipat kain depan tibi.

“ha’ah. Ustazah bagi balik awal siapa boleh jawab..”, jawab gua yakin.

Gua harap gua tak masuk neraka.

_______________________________________________________________________________________________________

Emak saya memang tip top orangnya # 4
Malam semalam emak gua talipon dari kampung. Gua angkat dan suruh emak gua letak talipon. Emak gua kalau berborak memang dah habis kredit la baru berhenti. Gua talipon balik. Kadar panggilan daripada rangkaian maxis ke rangkaian celcom bukan lu orang tak tahu dia punya charge yang serupa setan.

Emak gua tinggal dua beranak di rumah. Dengan adik lelaki bongsu gua. Tingkatan lima. Dulu Upsr dapat 5A, sekarang entah apa jadah test kimia pun gagal. Bapak gua tak ada di rumah. Dia pergi tidur rumah makwe dia lagi satu. Macam macam hal gua borak sama emak gua. Membawak dari hal orang eksiden, kenduri, anak buah masuk hospital, sehinggalah ke hal orang meninggal.

Berborak punya berborak, akhirnya sampai ke punghujung borak, sempat juga emak gua pesan, “semayang jangan tinggal, kerja elok elok, simpan duit nanti nak menikoh, dan akhir sekali jangan hisap rokok banyak sangat”.

Gua jawab ok dan terus ucap selamat malam. Gua harap emak gua tidur lena dan mimpikan bapak gua. Lepas letak talipon, gua termenung. Terngiang ngiang suara emak gua di telinga. Jauh di sudut hati, gua tahu emak gua rindu pada anak anak dia.

Gua nekad, hujung bulan nanti gua nak balik. Dan harijadi emak gua nanti, gua nak kasi hadiah pokok bunga orked satu berserta pasu tanpa corak satu unit. Orked tu gua nak kasi bunga dia yang kaler ungu.

_______________________________________________________________________________________________________

In a relationship
Tadi, ketika gua tengah sedap sedap menulis, tiba tiba gua mendapat satu panggilan talipon dari seorang perempuan. Belum sempat ringtone habis gua terus angkat dan bagi salam elok elok.

“waalaikummussalam. Awak buat apa? sibuk tak?”, tanya perempuan tersebut.

Daripada soalannya tu gua dah tau dia nak ajak gua berborak. Tapi memandangkan gua memang tak biasa menipu perempuan yang seorang ni. Jadi gua dengan jujur bagitahu dia.

“err..tak juga. saya tengah menulis.”, jawab gua pula. Suara gua kasi yang paling madu sekali. Sengaja gua gunakan ayat “tak juga” supaya dia tahu gua ada pilihan. Antara sibuk dan tidak. Sama sama boleh pilih.

“menulis? menulis apa dah?”, perempuan itu tanya lagi. Ingin tahu benor gayanya.

“menulis cerita lah, saya nak buat buku.”, jawab gua sambil berharap dia tahu gua ingin sambung menulis lagi.

“oh, ok. good! takpa lah, awak menulis lah dulu ye, tak nak ganggu lah. nanti awak hilang fokus.”, balas perempuan itu lembut.

Selepas berborak lagi sepam perempuan tersebut pun kabor ilebiu dan letak talipon. Gua pun terus kabor ilebiutu macam biasa dan terus sambung menulis.

Gua nak kabor satu menda je, perempuan macam ni memang orang laki laki suka.

Lagi satu, daripada kejadian ni dapat gua katakan, sesuatu perhubungan itu perlu ada persefahaman. Bila ada persefahaman, semuanya jadi senang dan lancar. Bila dah lancar, baru lah boleh pergi lebih jauh dan dapat lebih kilometer.

Ok. Gua nak sambung cerita gua yang terbelangkai tadi kejap. Jo dah dua kali tanya bila nak siap, berdebor juga gua nak reply dia punya mesej.

_______________________________________________________________________________________________________

Suzila
Sembilan tahun dahulu, disebabkan gua buas dan sukar dikawal gua telah dibuang dari sebuah asrama sekolah. Ini telah menyebabkan gua kena berulang alik naik motor pergi ambil peperiksaan Sijil Menengah Agama yang akhirnya gua mendapat keputusan yang agak menarik iaitu pangkat 3. Dia punya sejuk pagi pagi tu jangan cerita, helmet dah la longgar. Setelah habis periksa gua terus tak pergi sekolah kecuali pada hari hari terakhir persekolahan. Dia punya berat hati nak tinggal makwe tak lari jauh dengan berat hati nak derma darah.

Pada tahun depannya gua sambung pelajaran di sekolah kampung gua di dalam aliran sains pula. Banyak subjek yang gua baru jumpa tetapi nasib baik lah gua hanya gagal dalam Matematik Tambahan. Untuk rekod, masa ujian pertama gua hanya mendapat markah 9 dan seterusnya mengundang pujian rakan rakan yang mendapat markah 0. Namun begitu hanya sekali tu saja gua dapat markah 9 manakala yang lain kebanyakannya gua berjaya mendapat markah 0. Kah kah kah!

_______________________________________________________________________________________________________

Suzila # 2
Bersekolah di kampung sendiri telah menidakkan sama sekali kes kes janggal, berasa selenge, kena buli dan juga terkial kial. Lagi pulak gua masuk masuk saja dah tingkatan 5. Dah senior. Urusan daftar sekolah gua settle sendiri setelah mendapat arahan dari bapak gua. Namun sesuatu yang malang, hari pertama gua dah kena sound pasal pakai tali pinggang lain pada orang. Hari kedua kena tangkap tak pergi perhimpunan pagi. Memang bad luck.

Gua berjaya menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Semuanya berjalan lancar termasuk di dalam aktiviti seludup keropok. Sehinggalah pada suatu hari.

“woi Murad! ada makwe kirim salam kat aok.”, kata kutu sebelah gua, Wan Salman. Wan Salman ni belajar memang out. Matematik tambahan memang lebur terus. Dapat markah 0 dah lali. Sampai satu tahap dia kabor dia jadi malu pulak kalau tak dapat 0.

“cilake, cun ke?”, balas gua tersengih.

“Cun juga, alaa Suzila nama dia, aok perasan rasanya, budok form 4 body mantap mantap tu..”, balas Wan Salman dengan beria.

“ooo, body mantap tu? peh..”, balas gua sambil membayang menda bukan bukan.

” Tapi aok baik baik sikit, pasal aku dengor Suzila tu gila seks.”, terang Wan Salman dengan serius.

Gua diam sambil memikirkan entah apa nasib gua pada masa depan. Kelihatan Wan Salman sedang bermain satu permainan yang menarik iaitu bermain tarik tali bra budak perempuan. Bangang.

_______________________________________________________________________________________________________

Suzila # 3
Hari hari persekolahan gua lalui seperti biasa. Ada cikgu masuk kelas, gua belajar. Ada kelas tambahan, gua ponteng. Perihal Suzila yang gila seks kerap juga menyerang otak. Gua buntu sama ada mahu menyambut salam perkenalan Suzila ataupun sebaliknya. Body mantap dan wajah putih berbedak tak rata Suzila kerap kali menjadi objek yang memenuhi ruang minda. Ini ditambah pula dengan perihal seksnya yang tidak normal.

“cemana woi? nok ke tak nok?”, tanya Wan Salman tiba tiba. Habis hilang semua imaginasi gua terhadap Suzila. Potong betul.

“nok mendanya?”, balas gua acuh tak acuh sambil menconteng meja.

“Suzila tu laa, dia nok jumpa aok, tak nok bior aku pergi..”, jelas Wan Salman dengan senyuman yang tidak menawan langsung.

“ah, nanti aku pikir dulu lah.”

***

Pung pang pung pang waktu rehat pun tiba. Di semua sekolah di dunia ini, waktu rehat adalah waktu yang paling menarik. Tidak ada individu yang tak gembira dengan kedatangan waktu rehat. Gua dan kutu kutu semua pun pergi kantin dengan beramai ramai dengan gaya samseng. Di sepanjang jalan Wan Salman tidak berenti berenti membuat kelakar bangang beliau.

Setelah selesai urusan makan makan, gua dah kutu semua terus cepat cepat blah dari kantin. Dari kejauhan gua nampak Suzila dan rakan rakan beliau. Suzila di depan sekali dengan jalan mendada. Tengok pada dia punya gaya macam nak pergi kedai koperasi beli kek pisang. Gua berdebor. Pertembungan ini harus dielakkan. Wan Salman menepuk nepuk punggung gua tanda bagi semangat. Suzila makin dekat, dalam tiga empat tapak lagi kompom bertembung.

“haaaaaai!”, tegur Suzila sambil tangannya di lambai lambai depan muka gua.

“hai apa hai, aok tu dah laa gila seks!”, balas gua padu. Kelihatan Suzila membulatkan mata. Kemudian.

“Babi!”, jerit Suzila pula kemudian berlari lari anak sambil membuat muka seperti musang. Wan Salman gelok serupa iblis.

Tamat.

8 Comments »